MINOR BASILICA OF ST. ANNE, BUKIT MERTAJAM

27 September – 4 October 2026

This link always shows the latest bulletin — bookmark it, no need to look for a new one each week.

JADUAL MISA

  1. SUN27SEP

    Hari Migran dan Pelarian Sedunia / Hari Minggu Biasa Ke-26

    • 8.00amEMisa
    • 9.45amMMisa
    • 11.30amTMisa
  2. MON28SEP

    SS. Lawrence Ruiz dan Rakan-Rakan, St Wenceslaus, Martir

    • 7.00amEIbadat Sabda bersama Komuni
  3. TUE29SEP

    SS Michael, Gabriel & Raphael, Malaikat Agung — Pesta

    • 7.00amEIbadat Sabda bersama Komuni
  4. WED30SEP

    St Jerome, Imam dan Doktor, Peringatan

    • 7.00amEIbadat Sabda bersama Komuni
  5. THU1OCT

    St. Therese dari Kanak-kanak Yesus, Pesta

    • 7.00amEIbadat Sabda bersama Komuni
  6. FRI2OCT

    Para Malaikat Pelindung, Peringatan

    • 8.00pmESacred Heart Chaplet followed by Communion Service and Adoration of the Blessed Sacrament
  7. SAT3OCT
    • 7.00amEIbadat Sabda bersama Komuni
    • 6.00pmEMisa Senja
  8. SUN4OCT

    Hari Minggu Biasa Ke-27

    • 8.00amBMMisa
    • 9.45amMMisa
    • 11.30amTMisa

EEnglishMMandarinTTamilBMBahasa Malaysia

PENGUMUMAN

  1. Kem Kombas - "Dipanggil, Dibentuk, Diutus"

    Mari sama-sama memperdalami diri kita dalam perlayanan/melayani di ladangNya Tuhan melalui kem ini!
    Tarikh: 23-25 Oktober 2026

    Lokasi: Gereja Minor Basilica St. Anna

    Yuran: RM40

    Tarikh tutup pendaftaran: 9 Oktober

    Sebarang pertanyaan, sila hubungi: Sherylyn - 014 5588 677

  2. Kursus Pra-Perkahwinan dalam BM

    Secara bersemuka:
    Tarikh: 10 - 11 Oktober 2026

    Tempat: Domus, Minor Basilika St. Anne Bukit Mertajam

    Tarikh tutup penyertaan: 5 Oktober 2026

    Dalam talian (online):

    Tarikh: 9 – 12 November 2026

    Tarikh tutup: 2 November 2026

    Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi:

    Sr. Lucynia: 0107966882, Sr. Tauria: 0139084578, Byron: 0135950952

  3. Fr. Nelson dan Diakon Ashley Chau akan mengikuti Retret

    Fr. Nelson akan mengikuti retret pada 27 September 2026 - 2 Oktober 2026 dan Diakon Ashley Chau akan mengikuti retret pada 28 September 2026 - 4 Oktober 2026.

    🙏1
  4. Kepimpinan Komunikasi Sosial MBSA

    Jason Tioh telah menyerahkan kepimpinan Komunikasi Sosial MBSA kepada Erwind Jozef pada 13 September 2026. Kami mengucapkan terima kasih kepada Jason Tioh atas usaha beliau dalam pelayanan ini. Kami mendoakan yang terbaik buat beliau dalam perjalanan baharunya. Marilah kita sama-sama berdoa untuk Erwind Jozef dan tim pelayanannya.

  5. Pelajar Penguatan, Kumpulan Tahun 2026

    Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Pembimbing Iman, Ibu Bapa dan Ibu/Bapa Pembaptisan yang telah bersama-sama mempersiapkan para pelajar Penguatan sehingga mereka menerima Sakramen Penguatan pada 19 September 2026 daripada Yang Mulia Kardinal Sebastian Francis.

  6. Falsafah Katolik dan Cara Hidup Katolik: Menyingkap Sebab-sebab di Sebalik Tradisi Katolik

    Ceramah oleh Fr. Adrian Adiredjo, OP – Beliau akan meneroka sebab di sebalik kepercayaan dan amalan Katolik, membantu umat Katolik memahami bukan sahaja apa yang diajar oleh Gereja, tetapi mengapa.
    Tarikh: 10 - 11 Oktober 2026, Masa: 10 Oktober (8 am – 4.30 pm) | 11 Oktober (1 pm – 6.30 pm), Tempat: Church of the Immaculate Conception, Yuran Pendaftaran: RM 50. Sila hubungi Jeanne Saw – 0164554597 untuk maklumat lanjut.

  7. Pembaptisan Bayi

    Harap maklum bahawa Pembaptisan Bayi yang seterusnya akan diadakan pada 25 Oktober (Ahad), jam 1.00 petang. Kelas persediaan Pembaptisan untuk Ibu Bapa dan Ibu/Bapa Pembaptisan akan diadakan pada hari yang sama, jam 11.00 pagi, di bilik mesyuarat Pusat Paroki (St James – Bahasa Inggeris). Sila hubungi Pejabat Paroki untuk mendapatkan borang pendaftaran Pembaptisan.

  8. Pemberkatan Haiwan Peliharaan

    Pada 4 Oktober (Ahad), jam 5.00 petang, akan diadakan Pemberkatan Haiwan Peliharaan di Greenhall.

    ❤️2

PENGUMUMAN PERKAHWINAN

  • Matthew Ong Wei Huong & Christine Lee Sze Ying

    3 October 2026 · 10.30am · Mandarin (M) · Mass

    Celebrant: Fr. Louis Loi

    5
  • If anyone knows of any canonical impediment of the above marriage, please notify the parish priest as soon as possible. Thank you.

NEWBEC Weekly Reflection

Membawa SALIB Rohani dari Hati ke Hati

Hari Minggu Biasa Ke-26 | 27 September 2026 (Hari Migran dan Pengungsi Sedunia)

BERJALAN BERSAMA KE ARAH SEBUAH GEREJA SINODAL DAN PROFETIK Umat Untuk Pemuridan Misionari / FOKUS BULANAN: KELUARGA: Menjangkau Keluar

Perjumpaan kita dengan Tuhan yang telah bangkit tidak pernah berlaku secara kebetulan.

Perjumpaan kita dengan Tuhan yang telah bangkit tidak pernah berlaku secara kebetulan. Perjumpaan itu sentiasa merupakan suatu kesempatan yang dipersiapkan dengan penuh tujuan, dengan harapan agar pandangan-Nya bertemu dengan pandangan kita. Kisah perjumpaan Yesus dengan wanita Samaria ialah satu contoh kesempatan yang dipersiapkan dengan menggunakan perigi Yakub sebagai titik pertemuan. Demikian juga, Yesus menjadikan jamuan makan sebagai titik pertemuan dan kesempatan untuk bersekutu serta mengamalkan keramahtamahan yang menyeluruh.

Kita, sebagai mereka yang bersama-sama bertanggungjawab dan rakan sekerja dalam misi Yesus, dipanggil untuk mengikuti proses kreatif dan pastoral-Nya dalam mendengar, iaitu dengan menemui, berdialog dan membuat penegasan bersama orang lain. Ada kalanya titik-titik pertemuan ini hadir dalam bentuk kem dan retret, perhimpunan dan mesyuarat, pengalaman pembaharuan serta amalan devosi. Pada waktu lain, titik-titik pertemuan ini berlaku semasa sesi teh tarik, bimbingan rohani secara peribadi dan liturgi. Perjalanan SALIB ialah satu lagi contoh titik pertemuan yang kreatif. Ia merupakan usaha pastoral kita untuk mewujudkan kesempatan perjumpaan antara umat beriman dengan Yesus, Sang Air Hidup.

Walaupun Perjalanan SALIB telah berakhir dengan Konvensyen Pastoral Malaysia 2026 (MPC2026), sebagai sebuah Gereja misionari, kita akan terus menyediakan ruang perjumpaan, sama ada yang baharu atau yang sedia ada, yang kreatif dan berakar dalam realiti, serta yang dapat dilihat dan diakses khususnya oleh mereka di pinggiran. Apabila mungkin, kita juga akan mengusahakan inkulturasi Injil. Oleh itu, dalam Roh yang sama, kita meneruskan pelaksanaan MPC2026 untuk memperlengkapkan diri kita dan orang lain bagi pelayanan, supaya Tubuh Kristus dibina sehingga kita semua mencapai kesatuan iman dan pengetahuan tentang Anak Allah, menjadi dewasa dan mencapai seluruh kepenuhan Kristus (Efesus 4:12-13).

Sebagaimana sembilan SALIB dalam Perjalanan SALIB telah mengembara merentasi kesemua sembilan keuskupan di Malaysia dan menyatukan Gereja Katolik di Malaysia demi kebaikan bersama, para peserta MPC2026 kembali ke keuskupan masing-masing dengan membawa SALIB rohani yang memuatkan sukacita dan berkat, kegelisahan dan perjuangan, namun yang paling utama, harapan dan aspirasi perhimpunan. SALIB rohani ini perlu digandakan dan dikongsikan kepada semua, bergerak dari pusat ke kawasan pinggiran. Inilah dua dimensi Perjalanan SALIB: perjalanan SALIB fizikal ke dalam hati kita dan perjalanan SALIB rohani dari satu hati ke hati yang lain.

Oleh itu, biarlah pengalaman anda dalam Perjalanan SALIB menguatkan anda dan memberi anda keberanian untuk mencari cara agar tetap setia kepada Allah dalam keluarga, Gereja, masyarakat dan alam ciptaan.✜

Scripture, prayer and the closing quote

Scripture of the Day

Yehezkiel 18: 25-28, Mazmur 24: 4-9, Filipi 2: 1-11 (or 2: 1-5), Matius 21: 28-32

DOA

Tuhan Yesus Kristus, semoga SALIB rohani yang telah kami terima melalui perjumpaan kami dengan-Mu tidak hanya tinggal dalam diri kami, tetapi dibawa dari hati ke hati, pertama-tama dalam keluarga kami, kemudian dalam Gereja kami, seterusnya ke dalam masyarakat dan alam sekitar kami. Amin.

Diterbitkan oleh: Archdiocesan Pastoral Institute (API) | Emel: [email protected]

POSTER

Pass this bulletin along

Share on WhatsApp

KEUSKUPAN PULAU PINANG

Looking for another parish's bulletin? Parishes across the Diocese of Penang publish theirs here too.

See other parish bulletins

Privacy · Terms