Gagasan tentang sinodaliti telah bermula sejak zaman Yesus.
Gagasan tentang sinodaliti telah bermula sejak zaman Yesus. Sinodaliti merupakan suatu gerakan yang mendalam dalam memahami erti mengikuti Kristus, baik pada zaman-Nya mahupun bagi kita pada hari ini. Santo Fransiskus dari Assisi merupakan salah seorang yang menghayatinya.
Pemuridan misionari bermula dengan pertobatan peribadi dan kemudian menjangkau sesama. Bagi Santo Fransiskus, beliau mengalami perubahan fikiran dan hati yang menyeluruh.
1Pertobatan Menyeluruh: Dalaman dan Luaran
Dalam Pertobatan Dalaman, beliau memilih kerendahan hati dan damai Kristus berbanding perkara-perkara duniawi.
Dalam Pertobatan Luaran, beliau memilih kemiskinan (Saudari Kemiskinan), yang bukan suatu perkara peribadi atau tersembunyi. Beliau hidup bersama golongan yang paling miskin.
2Menjangkau Mereka yang Memerlukan
Jalan yang dipilih oleh Santo Fransiskus selaras dengan Dokumen Akhir Sinod (FD#145), "Berkongsi tanggungjawab dalam misi dengan menjangkau mereka di pinggiran dan mereka yang mempunyai keperluan khusus." Siapakah mereka bagi Santo Fransiskus?
Orang Kusta: Komuniti orang kusta merupakan saudara dan saudarinya, dan mereka menjadi tempat utama pelayanannya.
Mereka yang Dilupakan: Santo Fransiskus menemui mereka yang terluka, mengembalikan maruah kepada mereka yang ditolak oleh masyarakat dan yang paling utama, mengenali wajah Kristus dalam diri orang miskin.
3Membangunkan Semula
Pergilah dan bangunkan semula Gereja-Ku yang engkau lihat sedang menuju kehancuran" bukan sekadar tindakan fizikal yang perlu dilakukan oleh Santo Fransiskus. Seruan itu mempunyai makna yang lebih mendalam, iaitu membangunkan semula komuniti umat beriman. Misinya ialah membangun dan menghidupkan semula Gereja, iaitu umat beriman, dari peringkat akar umbi melalui kehidupan komuniti yang tulen dan penuh sukacita.
Apakah Komitmen Kita?
Sebagai umat yang menghayati sinodaliti, penyertaan aktif kita menjadi keutamaan. Hal ini mencabar kita untuk melihat diri sendiri dan bertanya:
• Kristus memanggil saya untuk mengalami pertobatan dalaman. Adakah saya bersedia menjadi seorang murid misionari untuk terus melangkah ke hadapan?
• Sebagai seorang murid Kristus, adakah saya mampu mengenal pasti komuniti yang sedang bergelut dengan cabaran dalaman? ✜
Scripture, prayer and the closing quote
Scripture of the Day
Yesaya 5: 1-7
Mazmur 79: 9, 12-16, 19-20
Filipi 4: 6-9
Matius 21: 33-44
"Saya suka berfikir bahawa bahkan mereka yang paling rapuh, terbatas dan sedang menghadapi kesusahan dapat menjadi misionari dengan cara mereka sendiri, kerana kebaikan sentiasa dapat dikongsi, walaupun wujud bersama pelbagai keterbatasan."

